THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, May 22, 2008

Cinta Itu Menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang berkata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang berkata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang berkata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenarnya.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ia memang benar. Walau bagaimanapun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ia boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam kasus ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru saja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah kereta api dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, apakah ia akan menghampi. Mungkin hari ini, esok, lusa dan apa lagi ya ?. ...............................................................
ko Q jadi bingung sendiri ini téh pdahalkan Q blum merasa'in, pcran jGa blom................hehehehe

No comments: